1 .Penglibatan aktif
Satu teknik pengajaran yang melibatkan para
pelajar secara aktif dalam aktiviti seperti menulis,perbincangan secara lisan
serta pergerakan yang melibatkan anggota badan.Setiap pelajar terlibat di dalam
mengembangkan sesuatu konsep yanf diajar.Melalui penglibatan secara
aktif,penekanan pembelajaran dapat diberikan jepadas pemikiran konstruktif oleh
semua pelajar.Penglibatan pelajar secara aktif adalah merupakan asas penting
kepada pembentukan struktur secara retroaktif dan proses asimilasi yang
menyeluruh.
2.Latih-Tubi
Teknik latih –tubi adalah aktiviti
pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.Tujuannya untuk mencapai
taraf penguasaan kemahiran .Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran
seperti kemahiran menyebut perkataan,ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta
penting.Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses
mendengar,melihat,memikirkan maksud perkataan-perkataan.Mengikut teknik ini,
perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu
1.sebutan 2.penggunaan bahasa 3.perbendaharaan kata 4.kefasihan.dan
5.kefahaman.
3.Permainan Bahasa
Permainan bahasa adalah salah satu
cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.Penglibatan dalam
permainan telah memberi peluang kepada memperolehi latihan,pembelajaran
bermakna dan sebagai alat dianogstik.Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan
menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa antaranya kemahiran
mendengar,bertutur,membaca dan menulis.Permainan bahasa mempunyai hala tuju
yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan
Falsafah Pendidikan Negara khususnya.Hala tuju ini diinterapetasikan melalui
objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu:1.merangsang interaksi
verbal pelajar 2.menambah kefasihan dan keyakinan 3.menyediakan konteks
pembelajaran 4.bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan dan
5.bertindak sebagai alat pemulihan ,pengukuhan dan penggayaan.
4.Soal-jawab
Merupakan teknik yang paling lama dan paling
popular digunakan dalam gbidang pendidikan.Pemilihan teknik ini bukan kerana ia
mudah dilaksanakan tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mrwujudkan interaksi
guru dengan murid secara berkesan.Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru
mengemukan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki
memberi tindakbalas yang sewajarnya.Soalan-soalan yang dikenakan memerlukan
pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.Tujuan
utama teknik soal jawab ialah:
1.Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid.
2.Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara
kreatif.inovatif,logik dan kritis.
3.Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan
yang diajar.
5.Kuiz
Dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan
pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.Pelajar dapat mengulanhkaji
sambil bergembira.Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka denghan
mengemukan soalan-soalan secara teka teki.Pelajar juga dapat belajar kaedah
cara berfikir yang baru ia juga dapat membantu pelajar memahami sistem bahasa
termasuk dari segi bentuk,makna dan penggunaan bahasa yang tepat.Ia juga
sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.
6.Latihan
Latihan dalam Bahasa Melayu tidak hanya
diperolehi dari buku teks atau buku kerja ,malah ia boleh didapati di mana-mana
sahaja dalam aktiviti kehidupan seharian.Penggunaan komputer juga penting dalam
pengajaran dan pembelajaran.Dalam sukatan KSSR, sekarang penglibatan murid
dalam penggunaan komputer di mestikan.
7.Pengayaan dan pemulihan
Kedua-dua jenis aktiviti tersebut adalah
sesuai dan boleh dirancang untuk kedua-dua jenis kumpulan pelajar,sama ada yang
cerdas atau lemah.Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti pengajaran yang
membantu murid-murid untuk mengatasi masalah pembelajaran tertentu dalam
menguasai kemahiran asas.Aktiviti pengayaan ialah tambahan kepada aktiviti asas
pembelajaran yang dijalankan untuk mengukuhkan kemahiran yang baru dikuasai
untuk meluaskan pengetahuan murid.Aktiviti pengayaan mungkin berbentuk
permainan bahasa,teka-teki,nyanyian bahasa,mewarna gambar dan mengumpul setem.
8.Pengurusan kelas
Pengajaran yang berkesan amat bergantung
kepada pengurusan bilik darjah yang cekap dan terpimpin.Pengurusan bilik darjah
yang berkesan bergantung kepada beberapa faktor:
1. Teknik kawalan kelas
2. Penjagaan dan penyusunan rekod.
3. Komunikasi yang baik antara guru dan ibubapa
4. Etika dan perhubungan yang profesional
5. Aktiviti kumpulan yang berkesan
6. Situasi pembelajaran dalam bilik darjah
No comments:
Post a Comment